Mengenai JomInap

APA ITU JOMINAP?

JomInap merupakan pusat sehenti homestay muslim di Malaysia. Mula beroperasi 2019, ia bukan sekadar direktori online homestay biasa, JomInap menawarkan sistem tempahan online homestay yang mengaplikasikan sistem ejen & affiliate, di samping menawarkan sistem pengurusan tempahan kepada pemilik-pemilik homestay.

JomInap membuka peluang kepada mana-mana pemilik homestay untuk menyenaraikan perkhidmatan mereka & menerima pelbagai kelebihan seperti menerima tempahan dengan lebih mudah, pengurusan yang lebih sistematik, di samping mendapat kelebihan pemasaran yang bersifat viral.

JomInap memfokuskan kepada penyenaraian rumah penginapan berciri homestay sahaja untuk memudahkan carian dan bandingan pengguna internet yang ingin mencari homestay muslim.