Terma & Syarat JomInap

TERMA DAN SYARAT JOMINAP

Kemaskini terakhir: 23 Oktober 2019

Pengenalan kepada Terma & Syarat

Platform JomInap merupakan sebuah platform atas talian yang membenarkan pengguna berdaftar (dirujuk sebagai "Ahli") dan sesetengah pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan Ahli dan pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan merupakan ("Pemilik Homestay") yang menyenaraikan perkhidmatan homestay milik Pemilik Homestay di JomInap.com, atau mana-mana aplikasi JomInap melalui mana-mana platform (yang kemudiannya dirujuk secara kolektifnya sebagai "Platform JomInap") dan untuk berkomunikasi dan berurusniaga secara langsung dengan Ahli yang membuat tempahan perkhidmatan Pemilik Homestay merupakan (dirujuk sebagai "Penginap").

Terma dan syarat di bawah (dirujuk sebagai "Terma dan Syarat") yang dipinda dari masa ke semasa adalah termasuk semua perkhidmatan secara langsung atau tidak langsung (melalui Pemilik Homestay) disediakan secara atas talian melalui mana-mana peranti mudah alih, menerusi e-mel, atau secara telefon. Dengan mengekses, melayari, dan menggunakan Portal JomInap milik kami ("dirujuk sebagai JomInap") dan/atau melalui kejayaan membuat tempahan, anda memperakui bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju kepada terma dan syarat yang ditetapkan di bawah.

Anda mestilah berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas untuk boleh mengikat kontrak dengan JomInap, mendaftar dengan JomInap dan menggunakan sistem tempahan dan pengurusan tempahan di Platform JomInap. Maka, dengan mendaftar sebagai Pemilik Homestay atau Ahli di Platform JomInap, anda mengesahkan bahawa anda berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas dan memahami kandungan Terma dan Syarat JomInap.


Modifikasi Terma dan Syarat

JomInap mempunyai hak untuk membuat perubahan terhadap Terma dan Syarat JomInap pada bila-bila masa dengan memberi tarikh kemaskini pada Terma dan Syarat ini. JomInap akan membuat pemberitahuan kepada Ahli dan Pemilik Homestay berkenaan kemaskini dokumen yang dibuat, yang mana, tarikh kontrak baru berkuatkuasa adalah tiga puluh (30) hari selepas tarikh pemberitahuan. Ahli dan Pemilik Homestay bertanggungjawab menyemak pemberitahuan dari JomInap dan Terma dan Syarat ini dari masa ke semasa. Sekiranya Ahli dan Pemilik tidak bersetuju dengan modifikasi Terma dan Syarat JomInap, Ahli dan Pemilik Homestay harus di dalam tempoh tiga puluh (30) hari tersebut menamatkan kontrak ini dengan membuat arahan rasmi pembatalan keahlian menerusi surat elektronik (e-mel). Penerimaan pembatalan tersebut dikira penamatan rasmi kontrak ini berkuatkuasa serta-merta. Sekiranya Ahli dan Pemilik tidak membuat sebarang arahan pembatalan keahlian di dalam tempoh yang dinyatakan, maka Ahli dan Pemilik Homestay dianggap kekal terikat secara kontrak dengan JomInap berdasarkan Terma dan Syarat terkini.


Skop Perkhidmatan JomInap

Halaman-halaman ini, kandungannya, infrastrukturnya dan perkhidmatan tempahan secara atas talian (termasuk fasiliti perkhidmatan pembayaran) yang disediakan di dalam Platform JomInap adalah dimiliki, dikendalikan, dan disediakan oleh JomInap dan disediakan bagi kegunaan yang tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di bawah.

Hubungan antara Ahli dengan Pemilik Homestay selanjutnya daripada proses tempahan atas talian, terutama berkaitan urusan penginapan dan lain-lain bayaran tambahan yang dibuat secara terus kepada Pemilik Homestay adalah tidak lagi tertakluk di bawah Terma dan Syarat yang terkandung di halaman ini dan harus dikendalikan di bawah terma dan syarat yang berasingan. Ahli dan Pemilik Homestay juga bersetuju bahawa JomInap tidak terlibat dan tidak akan melibatkan JomInap di dalam hubungan kontrak antara Ahli dengan Pemilik Homestay di dalam urusan tempahan homestay yang dibuat secara terus tanpa melalui Platform JomInap.

Sebagai penyedia Platform JomInap, JomInap tidak memiliki, mencipta, menjual, menjual-semula, menyediakan, mengawal, mengurus, menawarkan, menghantar, atau membekalkan mana-mana homestay atau perkhidmatan Pemilik Homestay. Pemilik Homestay sendiri bertanggungjawab ke atas Homestay dan perkhidmatan mereka. Apabila Ahli membuat atau menerima tempahan, mereka memasuki sebuah kontrak secara langsung antara satu sama lain. JomInap tidak bertindak sebagai broker hartanah mahupun penanggung insurans bagi mana-mana pihak, dan tidak pula bertindak sebagai ejen dalam apa-apa kapasiti untuk mana-mana pihak.


Keahlian di Platform JomInap

Untuk menggunakan sistem tempahan homestay, anda perlu membina akaun Ahli terlebih dahulu. Sebagai Ahli, anda boleh mengemaskini profil diri, membuat tempahan homestay, membuat bayaran atas talian untuk tempahan, ekses senarai tempahan dan maklumat umum homestay, menghantar review dan memberi rating kepada mana-mana homestay di Platform JomInap, selaras dengan skop yang dinyatakan di dalam Terma dan Syarat ini. Bagi yang ingin menyenaraikan homestay di Platform JomInap (Pemilik Homestay), satu akaun Ahli akan dibina untuk anda yang membolehkan anda turut menggunakan kelebihan Ahli JomInap, termasuk membuat tempahan mana-mana homestay di Platform JomInap. Sila rujuk Bahagian Pembayaran pada dokumen ini untuk maklumat berkenaan caj-caj yang dikenakan semasa menggunakan kelebihan-kelebihan tertentu di Platform JomInap.

Biarpun JomInap mampu membantu dalam memudahkan penyelesaian pertikaian, JomInap tiada kawalan terhadap dan tidak boleh manjamin (1) kewujudan, kualiti, kesesuaian, atau kesahihan mana-mana Homestay atau perkhidmatan Pemilik Homestay, (2) kebenaran atau ketepatan mana-mana keterangan Homestay, penarafan, ulasan atau kandungan Ahli yang lain (seperti yang ditakrifkan di bawah), atau (3) tingkah laku mana-mana Ahli atau pihak ketiga. JomInap tidak menyokong mana-mana Ahli, Homestay atau perkhidmatan Pemilik Homestay. Segala rujukan terhadap Ahli yang "disahkan" hanya menunjukkan bahawa Ahli tersebut telah selesai pengesahan yang berkaitan atau sebuah proses identifikasi dan tidak lebih daripada itu. Segala keterangan adalah bukan pengesahan, pensijilan, atau jaminan daripada JomInap tentang mana-mana Ahli, termasuklah identiti atau latar belakang atau sama ada mampu dipercayai, selamat atau bersesuaian.

Mahupun yang demikian, untuk tujuan ketelusan dan mengelakkan sebarang kes penipuan, dan sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang, JomInap boleh meminta Ahli dan Pemilik Homestay untuk (1) mengemukakan dokumen pengenalan diri atau syarikat untuk tujuan pengesahan identiti dan penyelesaian pertikaian atau jika mendapat arahan dari pihak berkuasa, (2) menyahktifkan akaun Ahli atau Pemilik Homestay atau/dan membatalkan langganan Ahli atau Pemilik Homestay atau/dan mengeluarkan sebarang kandungan yang disumbangkan oleh Ahli atau Pemilik Homestay tersebut dari Platform JomInap, dan (3) berkongsi maklumat dari pangkalan data JomInap dengan pihak berkuasa di mana terdapat bukti sahih atau laporan penglibatan Ahli atau Pemilik Homestay di dalam sebarang kes jenayah atau bahawa Ahli atau Pemilik Homestay mempunyai rekod jenayah, selaras dengan keperluan undang-undang setempat.

Ahli wajar membuat penilaian yang teliti sebelum membuat sebarang keputusan untuk menempah Homestay, mengambil bahagian dalam sesebuah aktiviti atau menggunakan perkhidmatan Pemilik Homestay yang lain, menerima tempahan daripada Penginap, atau berkomunikasi dengan Ahli lain sama ada secara atas talian mahupun secara peribadi. Imej yang disahkan hanya bertujuan untuk menyatakan perwakilan fotografik sesebuah Homestay pada waktu foto diambil dan justeru bukanlah sebagai menyokong mana-mana Pemilik Homestay atau Homestay yang dilakukan oleh JomInap.

JomInap tidak dapat memberi jaminan perkhidmatan Platform mampu beroperasi 24 jam sehari tanpa gangguan kerana ia merupakan sistem atas talian yang lumrahnya bergantung kepada ketakterjejasan rangkaian internet dan operasi kemaskini dan pembaikpulihan perisian dan perkakasan sistem. JomInap bertanggungjawab membuat pemberitahuan kepada Ahli dan Pemilik Homestay berkenaan sebarang operasi kemaskini dan pembaikpulihan yang mengambil masa lebih daripada dua (2) jam.


Langganan Surat Elektronik (E-mel)

Dengan membina akaun di Platform JomInap, Ahli bersetuju untuk melanggan notifikasi JomInap di alamat e-mel yang diberikan semasa pendaftaran. Notifikasi JomInap merangkumi pemberitahuan pembaharuan pada Platform JomInap, promosi terkini, berita terkini dan kemaskini pada Terma dan Syarat ini. Ahli mempunyai hak untuk menghentikan langgan di e-mel dengan mengemaskini status langganan di ruangan Settings profil masing-masing pada bila-bila masa.


Pembayaran

Anda tidak akan dicaj untuk pembinaan akaun Ahli di Platform JomInap, mahupun dikenakan sebarang caj tersembunyi sepanjang menjadi Ahli. Ahli hanya akan dicaj sepuluh peratus (10%) dari harga homestay (sebagaimana disenaraikan di Platform JomInap) sebagai caj perkhidmatan dan cukai, sekiranya membuat tempahan homestay di Platform JomInap. Untuk ketelusan, JomInap memaparkan jumlah caj tambahan ini semasa proses tempahan dan sebelum proses pembayaran atas talian.

Caj perkhidmatan yang dikenakan kepada Ahli yang membuat tempahan atas talian di Platform JomInap merangkumi perkhidmatan pembayaran atas talian menerusi pihak penyedia sistem pembayaran atas talian JomInap, "SenangPay" dan urusan berkaitan dengannya manakala cukai merangkumi Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Langganan akaun Pemilik Homestay dicaj pada kadar RM30 secara tahunan bagi individu atau syarikat yang mendaftar homestay di dalam tahun 2019 sahaja. Kadar tahunan ini akan meningkat menjadi RM150 selepas tahun 2019. Tarikh langganan selama dua belas (12) bulan bermula sejurus JomInap menerima bukti pembayaran langganan. Yuran langganan perlu dijelaskan setiap tahun tidak lewat empat belas (14) hari dari haribulan tarikh langganan tahun yang berkenaan. Kegagalan menjelaskan pembayaran di dalam tempoh yang dinyatakan melayakkan JomInap untuk menyahaktifkan akaun Pemilik Homestay dan mengeluarkan dari penyenaraian semua homestay Pemilk Homestay tersebut dari Platform JomInap, tanpa menamatkan akaun Ahli. Pembayaran lewat tidak akan menganjakkan haribulan tarikh pembayaran seterusnya.

Wang bayaran tempahan Penginap akan dipindahkan kepada Pemilik Homestay tujuh (7) hari selepas tempahan disahkan, ke dalam akaun bank sebagaimana diisi oleh Pemilik Homestay di Panel Pengurusan Homestay masing-masing. JomInap akan mengambil lima peratus (5%) dari setiap transaksi tempahan yang diterima Pemilik Homestay sebagai caj perkhidmatan.

Sekiranya Penginap ingin membatalkan tempahan, walaupun di dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh tempahan disahkan, perlulah diajukan kepada Pemilik Homestay. Sekiranya pembatalan tempahan dibuat di dalam tempoh yang dinyatakan dan dipersetujui Penginap dan Pemilik Homestay, JomInap dengan kerjasama SenangPay boleh membantu proses pemulangan wang Penginap bagi pihak Pemilik Homestay. Sebarang permintaan pemulangan wang tujuh (7) hari selepas tarikh tempahan disahkan adalah tanggungjawab Pemilik Homestay dan tidak lagi melibatkan JomInap.

Sebarang kesulitan semasa proses pembayaran atas talian menerusi SenangPay dan bank-bank yang dipilih (di luar www.jominap.com) haruslah dirujuk dengan pihak yang berkenaan, contoh seperti urusan kad bank tidak diterima, baki tidak cukup. JomInap tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah transaksi atas talian menerusi SenangPay dan bank-bank yang dipilih, namun boleh bekerjsama untuk membantu, selaras dengan batasan pengetahuan JomInap berkaitan transaksi yang dijalankan.

JomInap tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang disebabkan oleh kesilapan di pihak Penginap, Pemilik Homestay, SenangPay mahupun bank-bank terlibat yang berpunca daripada pihak-pihak yang dinyatakan tersebut, dan perlu diuruskan secara berasingan tanpa melibatkan JomInap.

Sebarang pembayaran di Platform JomInap adalah di dalam matawang Ringgit Malaysia dan tertakluk di bawah undang-undang Malaysia sebagaimana dinayatakan di dalam Bahagian Perundangan.


Kandungan dan Hakcipta

JomInap menyediakan sistem dan ruang untuk Ahli (1) membuat, memuatnaik, menghantar dan menerima kandungan termasuk teks, gambar, video dan material lain ("Kandungan Ahli"), dan (2) ekses kepada kandungan yang dihasilkan dan diterbitkan oleh JomInap di Platform JomInap ("Kandungan JomInap") dan kandungan yang terhasil secara bersama ("Kandungan Kolektif"). Platform JomInap, Kandungan Ahli dan Kandungan JomInap adalah dilindungi oleh hakcipta dan trademark, dan/atau Undang-undang Malaysia.

Anda dengan ini bersetuju bahawa Platform JomInap dan Kandungan JomInap adalah hakcipta terpelihara JomInap dan anda tidak akan menyalin-semula, memanipulasi, menjual, mengedarkan atau menyiarkan Kandungan JomInap dan Kandungan Ahli di mana-mana media dan platform lain tanpa persetujuan JomInap melainkan anda adalah empunya asal kandungan tersebut.

Ahli dan Pemilik Homestay bertanggungjawab memastikan semua Kandungan Ahli yang disumbangkan tidak mengandungi hasutan, ciri-ciri eksplisit dan pornografi, bersifat rasis, mengganggu sensitiviti Ahli dan pengguna JomInap lain, dan tidak berniat menipu dan menyeleweng. Dalam menyumbangkan Kandungan Ahli, Ahli bersetuju untuk tidak melanggar terma dan syarat mana-mana media dan platform lain dan tidak membuat perbuatan melanggar hakcipta dan trademark material yang digunakan. Anda juga bertanggungjawab memastikan Kandungan Ahli yang anda sumbangkan tidak melanggar mana-mana akta Undang-undang Malaysia dan bersetuju akan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang laporan jenayah terhadap anda yang berpunca dari Kandungan Ahli yang anda sumbangkan.

Dengan menyumbang kepada Kandungan Ahli di Platform JomInap, anda memberi hak non-exclusive, global, royalty-free dan berlesen untuk ekses dan menggunakan Kandungan Ahli yang anda berikan untuk tujuan penambahbaikan Platform JomInap dan promosi Platform JomInap di mana-mana media dan platform.

Ahli bertanggungajawab memastikan Rating dan Review yang diberikan adalah rasional dan benar, dan tidak berniat menjejaskan imej perniagaan Pemilik Homestay tanpa asas. Ahli juga mengakui boleh diambil tindakan sekiranya menyalahgunakan ruangan Review untuk tujuan mempromosi homestay lain atau mana-mana perniagaan yang tidak ada kaitan dengan homestay yang direview. Ahli juga memahami bahawa Review yang diberikan Ahli lain mewakili pendapat peribadi mereka dan tidak semestinya seratus-peratus benar. Ahli dan Pemilik Homestay disarankan melaporkan kepada JomInap untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana Ahli yang menyumbangkan Kandungan Ahli yang melanggar Terma dan Syarat ini.


Penyenaraian Homestay

Pemilik Homestay mengakui hanya menyenaraikan hartanah miliknya sebagai homestay dan mempunyai hak sebagai pemilik sah homestay tersebut untuk mengambil tempahan Penginap. Pemilik Homestay bertanggungjawab memastikan kesahihan semua maklumat berkenaan Homestay dan pakej-pakej yang ditawarkan (sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian Kandungan dan Hakcipta). Pemilik Homestay bersetuju akan mengambil inisiatif mengemaskini penyenaraian dengan maklumat terkini dan proaktif dalam menguruskan tempahan dan melayani maklumbalas pelanggan masing-masing.

Pemilik Homestay bersetuju patuh Polisi Mesra-Muslim di Terma dan Syarat ini. Sila rujuk Bahagian Polisi Mesra-Muslim.

Pemilik Homestay mengakui bahawa setiap penyenaraian Homestay akan boleh dijejak oleh enjin carian seperti Google dan Bing, dan tersenarai dalam keputusan carian atas talian seperti Google Search Results. Pemilik Homestay perlu sedia maklum bahawa penyenaraian dalam keputusan carian atas talian bergantung kepada (antara lain) Kandungan Ahli juga bilangan perkongsian halaman masing-masing ke media sosial sebagai ukuran kebolehpercayaan (trustworthiness), dan boleh mengambil masa beberapa hari ke beberapa minggu selepas dimasukkan ke Platform JomInap.

Pemilik Homestay bersetuju tidak akan menyalahgunakan hak menyenaraikan homestay untuk tujuan mendapatkan keuntungan sampingan atau tambahan dengan mengenakan caj ke atas pengelola homestay lain menggunakan akaun yang sama. Pemilik Homestay juga bersetuju untuk tidak menyalahgunakan ruangan homestay masing-masing untuk mempromosi produk atau perkhidmatan selain daripada homestay itu sendiri dan perkhidmatan yang secara langsung terkandung di dalam pakej homestay berkenaan. Sebarang penyalahgunaan sedemikian akan membolehkan JomInap membatalkan penyenaraian homestay tersebut malah akaun Pemilik Homestay boleh dinyahaktif atau ditamatkan langganan tanpa pemulangan wang.


Polisi Mesra-Muslim

Sebagai portal homestay muslim, JomInap mengutamakan penerapan ciri-ciri Muslim pada keadaan homestay yang disenaraikan, perkhidmatan yang terangkum di dalam pakej homestay tersebut, juga proses pengurusan homestay.

Selaras dengan polisi mesra-muslim ini, berikut adalah panduan bagi homestay untuk layak disenaraikan di Platform JomInap:

  • Homestay tidak membenarkan produk makanan tidak halal di premis homestay
  • Homestay tidak membenarkan anjing di premis homestay
  • Homestay tidak membenarkan sebarang minuman beralkohol di premis homestay
  • Kebersihan homestay sentiasa memuaskan dan selesa untuk Penginap Muslim
  • Pengurus Homestay jujur dalam urusan dengan Penginap dan dalam pemasaran homestay di Platform JomInap

Penginap juga dituntut untuk memberi komitmen berikut bagi memelihara polisi mesra-muslim ini:

  • Tidak membawa masuk anjing dan/atau babi ke dalam premis homestay atau membawa atau menambat haiwan tersebut di kawasan yang terlalu hampir dengan premis sehingga menyebabkan ketidakselesaan kejiranan premis
  • Tidak membawa masuk atau memasak makanan yang tidak halal seperti daging babi di premis homestay
  • Tidak membawa masuk sebarang minuman beralkohol di premis homestay
  • Tidak membuat aktiviti yang melanggar syarak mahupun sebarang aktiviti yang menyinggung dan mengganggu penghuni sekitar
  • Tidak mencuri sebarang item dari homestay yang disenaraikan di Platform JomInap
  • Tidak membuat salinan kunci homestay mahupun dokumen-dokumen homestay yang disenaraikan di Platform JomInap

Penyelesaian Pertikaian dan Arbitrasi

Sekiranya berlaku pertikaian yang ingin dibawa ke arbitrasi, sebelum memulakan proses arbitrasi, anda dan JomInap bersetuju untuk memaklumkan secara secara bertulis dan menerusi e-mel berkenaan pertikaian terlebih dahulu. Anda dan JomInap berjanji memberi komitmen sedaya upaya untuk menyelesaikan dahulu pertikaian menerusi perbincangan tertutup antara kedua-dua pihak.

Anda dan JomInap bersetuju bahawa pertikaian, tuntutan atau kontroversi antara anda dengan JomInap yang timbul berhubungan dengan Terma dan Syarat ini atau dengan hubungan anda dengan JomInap sebagai pengguna Platform JomInap (sama ada berdasarkan kontrak, tort, statut, penipuan, salah nyata atau teori undang-undang yang lain, serta sama ada tuntutan timbul semasa atau setelah penamatan Terma dan Syarat) akan ditentukan oleh penyelesaian pertikaian yang mengikat, yang dipantau oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Pindaan 2019), yang membolehkan tuntutan bernilai maksima RM50,000. Anda dan JomInap turut bersetuju untuk melepaskan hak untuk "Trial by Jury" bagi semua pertikaian yang boleh diarbitrasi.


Pengecualian

Jika anda memilih untuk menggunakan Kandungan JomInap, Kandungan Ahli atau Kandungan Kolektif, anda mengakui membuatnya secara sukarela dan akan menanggung sepenuhnya sebarang risiko berpunca daripadanya. Platform JomInap dan Kandungan JomInap disediakan "as is", tanpa sebarang waranti.

Anda bersetuju bahawa anda telah mendapat ruang yang cukup untuk menyemak dan menyelidik JomInap dan segala undang-undang berkaitan perkhidmatannya.


Liabiliti

Anda mengakui, sebagimana yang telah disebut di dalam Bahagian Skop Perkhidmatan JomInap, dan selaras dengan Undang-undang Malaysia, bahawa semua risiko yang timbul daripada penggunaan JomInap dan penginapan anda yang bermula dari tempahan di JomInap adalah tanggungan anda sepenuhnya dan kekal bersama anda, termasuk sebarang berntuk kerugian, kerosakan, kemalangan, kehilangan data, gangguan perkhidmatan mahupun gangguan emosi yang timbul daripadanya.


Perundangan

Terma dan Syarat ini digunapakai selaras dengan Undang-undang Malaysia, tanpa mengambilkira provisi "conflict-of-law". Prosiding perundangan (selain tuntutan-tuntutan kecil) yang dikecualikan dari arbitrasi perlu dibawa ke Mahkamah Federal di Malaysia, melainkan kedua-dua pihak terlibat bersetuju untuk selesaikan di lokasi lain.

Anda maklum bahawa Terma dan Syarat ini mengatasi sebarang terma dan syarat lain yang mungkin dikemukakan oleh JomInap.


Hubungi

Sebarang maklumbalas dan makluman kepada JomInap hendaklah dibuat secara rasmi menerusi e-mel di halaman "Hubungi" di https://www.jominap.com/contact/. JomInap boleh dihubungi menerusi telefon atau aplikasi WhatsApp di +60 11-2093 9480 untuk komunikasi segera dengan staf JomInap. JomInap tidak mempunyai komitmen untuk melayan panggilan di luar waktu pejabat (dari 9.00 pagi ke 5.00 petang, Isnin hingga Sabtu, tidak termasuk cuti umum di Malaysia).